Sayyidul Ayyam


ADAB-ADAB HARI JUM'AT

اللهم كما انعمت فيه ليس عيش الا عيش الا خرة 


Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T. kepada umat Muhammad S.A.W .. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi. Maka hendaklah engkau membersihkan pakaianmu dan memperbanyak mengucap tasbih dan istighfar mulai daripada petang hari khamis kerana masa itu sudah menyamai kelebihan hari Jumaat. Dan bemiatlah engkau untuk berpuasa pada hari Jumaat tetapi hendaklah puasa itu engkau sertakan dengan puasa hari Khamis atau puasa hari Sabtu kerana ada larangan bagi mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat sahaja. Apabila engkau berada di pagi hari Jumaat maka hendaklah engkau mandi kerana mandi Jumaat itu adalah satu kepastian (hukumnya sunat muakkad) atas setiap orang yang baligh {orang yang diwajibkan sembahyang Jumaat} dan bersungguh sungguhlah engkau di dalam menyucikan badanmu dengan men cukur {bulu ari-ari misalnya} dan mengandam {misai misalnya} dan memotong kuku dan menggunakan sugi (kayu miswak) dan segala cara-cara bersuci. Kemudian ambillah perhiasanmu dengan pakaian yang putih, kerana itu lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi sebaik-baik minyak wangi yang engkau miliki. Setelah itu bersegeralah engkau pergi ke masjid dan berjalanlah dengan perlahan-lahan dan dengan penuh ketenangan. Rosulullah saw bersabda : 

مَنِ اغْتَسَلَ يَومَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأنَّما قَرَّبَ بَدَنَةً، ومَن رَاحَ في السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأنَّما قَرَّبَ بَقَرَةً، ومَن رَاحَ في السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأنَّما قَرَّبَ كَبْشًا أقْرَنَ، ومَن رَاحَ في السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأنَّما قَرَّبَ دَجَاجَةً، ومَن رَاحَ في السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأنَّما قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإمَامُ حَضَرَتِ المَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ.
Barangsiapa yang mandi pada hari Jum'at, ia melakukan mandi najis lalu berangkat, maka ia seperti menyembelih unta, dan siapa yang berangkat pada jam kedua, maka ia seperti menyembelih sapi, dan siapa yang berangkat pada jam ketiga. , Seolah-olah dia menyembelih seekor domba jantan bertanduk, dan siapa pun yang berkurban pada jam keempat, maka seolah-olah dia menyembelih ayam, dan siapa pun yang berkurban pada jam kelima, Seolah-olah dia telah berkurban sebutir telur, dan ketika imam keluar, para bidadari pun hadir, mendengarkan zikir itu.


sumber : 
MPR (Majlis Pengajian Rutin) Umar Bin Khattab 
Kitab Bidayatul Hidayah Hal 71
Oleh Ust. Syaifuddin Zuhri

Komentar

Postingan Populer